Rujukan Al-Quran :
Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang
dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan
untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi
Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan.
{Surah Al-Baqarah 2:110}
Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah Dia lah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya, dan juga menerima sedekah-sedekah (dan zakat serta membalasnya), dan bahawa sesungguhnya Allah Dia lah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani?
{Surah At-Taubah 9:104}
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
{Surah Al-Baqarah 2:183}
Hadith :
Thalhah Bin Ubaidillah menceritakan, "Seorang laki-laki Nejd datang kepada Rasulullah SAW dengan kepala penuh debu. Kami mendengar suaranya tetapi tidak mengerti apa yang diucapkannya sehingga dia mendekati Rasulullah SAW (lalu) menayakan perihal Islam."
Sabda Rasulullah SAW : "Lima sembahyang sehari semalam."
Bertanya pula dia : "Apakah (ada) lagi selain itu?"
Jawab Rasulullah SAW : "Tidak! Kecuali jika anda melakukan sembahyang sunat.Dan puasa di bulan Ramadhan."
Bertanya pula dia : "Adakah lagi selain itu?"
Rasulullah SAW menjawab : "Tidak! Kecuali jika anda suka melakukan (puasa) sunat. Dan Zakat."
Orang itu bertanya pula : "Adakah lagi selain itu?"
Rasulullah SAW menjawab : "Tidak! Kecuali jika anda suka berbuat (yang) sunat (sedekah).
Kemudian orang itu pergi sambil berkata, : "Demi Allah! Tidak akan saya tambah dan tidak akan saya kurangi apa yang anda sebutkan itu."
Maka sabda Rasulullah SAW, : "Dia pasti beruntung kalau apa yang dikatakannya itu benar-benar ditepatinya."
{Hadith Riwayat Imam Bukhari, Shahih Bukhari Hadith No:38}