Hadith No-33 : Agama Islam
Rujukan Al-Quran
(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat".
{Surah Al-Baqarah 2:138}
Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a, katanya Nabi SAW bersabda : "Sesungguhnya agama (Islam) itu ringan. Barangsiapa memperberat-beratkan maka dia akan dikalahkan oleh agama. Oleh itu kerjakanlah (agama itu) menurut mestinya atau mendekatinya dan gembiralah (kerana akan beroleh pahala) serta beribadatlah (mohon pertolongan Allah) pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam."
{Hadith Riwayat Imam Bukhari, Shahih Bukhari Hadith No-33}