Hadith No-32 : Puasa Di Bulan Ramadhan
Rujukan Al-Quran :
(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa
hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam
musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa
(kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang
miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah)
lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya;
dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.
[Surah Al-Baqarah 2:184]
Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya : "Rasulullah SAW bersabda : "Siapa yang puasa di bulan Ramadhan kerana iman dan ikhlas, (akan) diampuni (Allah) dosanya yang telah lalu."
{Hadith Riwayat Imam Bukhari, Shahih Bukhari Hadith No-32}