Dari Meja Admin
Alhamdulillah
segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam Yang Maha Hidup, Yang Maha
Berdiri Dengan Sendirinya, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Syukur kehadrat Allah SWT di atas rahmat-Nya
dan izin-Nya dapatlah ana yang dhoif lagi faqir ini menerbitkan sebuah
blog rujukan hadith (dalam Bahasa Melayu) untuk rujukan mereka-mereka yang ingin bertaqwa serta mencari keredhaan Allah SWT serta mereka-mereka yang sedang memperbaikki diri dan amalan. Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang atas kesabaran baginda menyebar dan mengembangkan ajaran Islam sehinggalah kita pada hari ini merasai nikmat Islam dan iman yang betul. Semoga Allah menempatkan baginda SAW di tempat yang mulia lagi terpuji sebagaimana yang telah dijanjikan sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji. Juga semoga Allah SWT merahmati para sahabat baginda yang berjihad fi sabilillah bersama baginda, kaum kerabat baginda dan kepada semua yang mengikuti baginda sehingga ke hari kiamat. Alhamdulillah....
Ana yang dhoif lagi faqir ini amat-amat mengalukan para alim ulama', guru-guru agama, tuan-tuan guru serta ustaz-ustaz di luar sana agar menegur ana seandainya ada kesilapan dari segi penyusunan hadith, tersalah terjemahan, tersalah ejaan yang membawa maksud yang salah atau apa-apa teguran yang membina agar blog ini menjadi tempat rujukan yang betul buat saudara kita sekalian. InsyaAllah.
Ana juga memohon doa dari semua pembaca dan pelawat blog ini agar mendoakan ana dapat menyiapkan blog ini sebaik yang mungkin kerana untuk menyusun ke dalam blog dan menaip semula memerlukan usaha yang berterusan serta taufiq dari Allah Yang Maha Esa. Semoga dengan doa dari saudara sekalian ini kita sama-sama sebenarnya dapat melengkapkan blog ini khususnya pengumpulan hadith-hadith shahih riwayat Imam besar ini.
Perhatian kepada semua saudara pengunjung yang budiman paparan blog ini hanyalah sebagai rujukan sahaja, anda dinasihatkan mencari Guru untuk belajar ilmu tentang hadith ini untuk mendapatkan huraian maksud yang disampaikan dengan lebih jelas lagi. Pihak kami membenarkan serta mengalukan anda menyalin, mencetak dan menyebarkan kepada orang lain tanpa mengubah mana-mana isi kandungan yang asal. InsyaAllah.
Akhir kata dari ana yang dhoif ini sekali lagi ana menasihatkan kepada semua pembaca dan pengunjung blog ini agar dapat memperbetulkan mana yang salah, memperbaikki mana yang tak betul serta menegur mana yang salah. Sebarang kesalahan dan kesilapan sila hantar menggunakan borang aduan yang disediakan (untuk aduan Sila Kilik Di Sini).
Sekian
Hamba yang dhoif lagi faqir