Hadith No-50 : Kesempurnaan Wudhuk
Rujukan al-Quran :
Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan
sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu
basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki
kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka
bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena
air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari
tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat
air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan
tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan
kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu
menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak
membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya
kepada kamu, supaya kamu bersyukur.
{Surah al-Maaidah 5:6}
{Surah al-Maaidah 5:6}
Hadith :
Dari Abdullah Bin Amr katanya : "Nabi SAW terlewat di dalam satu perjalanan yang kami lakukan bersama baginda SAW. Ketika baginda menyusul kami waktu solat telah tiba dan kami sedang berwudhuk. Ternyata kami kurang sempurna mencuci kaki. Agaknya baginda SAW sedang memerhati kami lalu baginda bersabda : "Celakalah tumit-tumit yang terbakar (oleh) api Neraka." Ucapan itu baginda ulangi dua atau tiga kali berulang-ulang."
{Hadith Riwayat Imam Bukhari, Shahih Bukhari Hadith No : 50}