Hadith No-46 : Nafkah
Rujukan Al-Quran :
Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah
dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah
tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan
Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat
bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.
{Surah At-Talaaq 65:7}
Hadith :
Dari Saad Bin Abi Waqas r.a, katanya : "Bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, " : "Nafkah (infak) yang kamu berikan semata-mata kerana Allah, nescaya diberikan pahala oleh Allah ; bahkan apa yang kamu berikan untuk makan isteri kamu juga akan diberikan pahala oleh Allah."
{Hadith Riwayat Imam Bukhari, Shahih Bukhari Hadith No-46}