Hadith No-43 : Halal & Haram
Rujukan Al-Quran :
Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan
perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang
tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak
ada alasan yang benar; dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya.
{Surah Al-A'Raaf 7:33}
Hadith :
Dari Nu'man Bin Basyir r.a bahawa ia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Perkara yang halal dan yang haram telah jelas. Antara keduanya ada beberapa perkara yang diragukan (syubhah), yang tidak diketahui (hukumnya) oleh kebanyakan orang. Barangsiapa (yang) menjauhi perkara-perkara yang diragukan itu bererti dia memelihara agama dan kesopanannya. Barangsiapa mengerjakan perkara yang diragukan sama (seperti) gembala yang mengembala ternaknya di pinggir jurang, dikhuatirkan dia (akan) terjatuh ke dalamnya. Ketahuilah semua raja mempunyai larangan. Ketahuilah pula, larangan Allah ialah segala yang diharamkan-Nya. Ketahuilah di dalam tubuh (manusia) ada segumpal daging. Apabila daging itu baik maka baik pulalah tubuh itu semuanya. Dan apabila daging itu rosak maka binasalah pula tubuh itu seluruhnya. Ketahuilah daging itu ialah jantung. (hati.)"
{Hadith Riwayat Imam Bukhari, Shahih Bukhari Hadith No-43}