Hadith No-6 : Rukun Islam



Rujukan Al-Quran :

  Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan. 
{Surah Al-Baqarah 2:110}

 Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk. 
{Surah A-Li'Imraan 3:97}

 Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
{Surah Al-Baqarah 2:183}

Hadith : 
Dari Ibnu Umar r.a, katanya Rasulullah SAW bersabda : "Dasar pokok-pokok (Rukun) Islam itu ada 5 perkara :
1) Mengakui tidak ada Tuhan selain Allah, dan mengakui bahawa Muhammad itu Rasul Allah.
2) Menegakkan (mengerjakan) solat
3) Membayar zakat
4) Menunaikan ibadah hajji dan
5) Puasa di bulan Ramadhan

{Hadith Riwayat Imam Bukhari, Shahih Bukhari Hadith No 6}


Catatan Terbaru Catatan Lama

Leave a Reply

Dikuasakan oleh Blogger.