Hadith No-4 : Akhlak Rasulullah SAW
Rujukan Al-Quran :
  
Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia. 
{Surah Al-Qalam 68:4} 
Hadith :
Dari Ibnu Abbas r.a katanya, : "Rasulullah SAW adalah seorang yang amat pemurah dan lebih pemurah lagi selama bulan ramadhan, iaitu ketika Jibril datang menemuinya. Biasanya Jibril datang menemui Rasulullah SAW tiap-tiap malam ramadhan dan kedua-duanya membaca Al-Quran berganti-ganti. Sesungguhnya Rasulullah SAW lebih pemurah berbuat kebaikan daripada murahnya angin berhembus."
{Hadith Riwayat Imam Bukhari, Shahih Bukhari Hadith No:4}



 
 


