Hadith No-28 : Orang Munafik


Rujukan Al-Quran :

Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang). 
{Surah An-Nisaa' 4:142}


 Hadith :
Dari Abdullah Bin Amr Bin Ash r.a katanya : "Rasulullah SAW bersabda : "Ada empat perkara barangsiapa terdapat pada dirinya lengkap keempatnya (maka) itulah dia orang munafik sesungguhnya. Dan barangsiapa (yang) terdapat padanya satu perkara sahaja, maka ia termasuk munafik juga sehinggalah ditinggalkan sifat yang satu itu :
1. Apabila dipercayai dia khianat
2. Apabila berkata dia dusta
3. Apabila ia bermusuhan, dia sangat jahat. "
{Hadith Riwayat Imam Bukhari, Shahih Bukhari Hadith No-28}

Catatan Terbaru Catatan Lama

2 Responses to “Hadith No-28 : Orang Munafik”

  1. youtube - VICTORIA HANDSENDSENDSENDSENDSENDS
    youtube - VICTORIA HANDSENDSENDSENDSENDSENDSENDSENDSENDSENDSENDSENDSENDSENDSENDSENDSENDSENDSENDSENDSENDSENDSENDSENDSENDSENDSENDSENDSENDSENDSENDSENDSENDSENDSENDSENDSENDSENDSENDSENDSENDSENDSENDSENDSENDSENDSENDSENDS youtube convert to mp3

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.