Hadith No-1 : Niat Hijrah
Rujukan Al-Quran :
Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 
{Surah An-Nisaa' 4:100} 
Hadith :
Dari Umar Bin Khathab r.a katanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Tiap-tiap amal harus disertakan dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka hijrahnya sesuai dengan niatnya.
{Hadith Riwayat Imam Bukhari, Shahih Bukhari Hadith No:1}



 
 



Ada kah nikah itu halal di bulan ramadhan.
BalasPadam