Hadith No-19 : Malu Sebahagian Dari Iman
Hadith :
Dari Salim Bin Abdullah r.a, dari ayahnya katanya, "Rasulullah SAW (melalui) di hadapan seorang *Anshar yang sedang mencela saudaranya kerana saudaranya itu (seorang yang) pemalu. Maka sabda Rasulullah SAW bersabda, : "Biarkanlah dia! Sesungguhnya malu itu sebahagian dari iman."*Anshar ialah kaum yang pernah menolong Rasulullah ketika penghijrahan baginda dari Mekah ke Madinah dan merupakan kaum yang Rasulullah cintai.
{Hadith Riwayat Imam Bukhari, Shahih Bukhari Hadith No:19}