Hadith No-16 : Kenikmatan Iman
Rujukan Al-Quran :
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu,
dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan
kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan
yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu
sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
{Surah At-Taubah 9:24}
Hadith :
Dari Anas r.a berkata, Rasulullah SAW pernah bersabda : "Ada 3 perkara barangsiapa (yang) melaksanakan ketiga-tiganya nescaya dia akan dapat (merasakan kenikmatan) iman.1) Orang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi cintanya kepada yang lain.
2) Orang yang mencintai orang lain kerana Allah semata-mata.
3) Orang yang benci untuk kembali kafir, setelah Allah melepaskannya dari (belenggu) kekafiran itu, sama dengan bencinya (seperti) akan (dimasukkan) ke dalam api neraka.
{Hadith Riwayat Imam Bukhari, Shahih Bukhari Hadith No : 16}