Hadith No-11 : Mencintai Rasulullah SAW


Rujukan Al-Quran :
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).  
{Surah At-Taubah 9:24}

Hadith : 
Dari Anas r.a katanya, Rasulullah SAW pernah bersabda : "Tidak (sempurna) iman seseorang kamu, sebelum ia lebih mencintai aku daripada (ia mencintai) ibu-bapanya, anak-anaknya dan manusia umumnya."
{Hadith Riwayat Imam Bukhari, Shahih Bukhari No : 11}


Catatan Terbaru Catatan Lama

Leave a Reply

Dikuasakan oleh Blogger.